web software

PAKEJ PERKAHWINAN

Produk EMAS untuk majlis perkahwinan

EMAS SEBAGAI HADIAH PERKAHWINAN

Pengantin lelaki memberikan emas sebagai 'mas kahwin' mahupun hantaran kepada pasangannya membuktikan nilai cinta sejati. Pemberian yang bersifat kekal sebagai tanda kasih sayang dari ibubapa kepada pengantin semasa istiadat 'tea ceremony'. Keluarga memberikan emas kepada pengantin agar mempunyai 'harta' sendiri selepas berpindah ke rumah mertua / sendiri.  

Emas dan Perkahwinan

Adat Istiadat Perkahwinan hampir semua kaum mempunyai kaitan dengan emas

Istiadat Perkahwinan  Kaum Melayu


Bermula dari majlis pertunangan hingga ke majlis perkahwinan, EMAS biasanya dijadikan sebagai simbol ikatan dan pemberian ikhlas kepada bakal pasangannya. Cincin emas belah rotan disarungkan oleh bakal mertua semasa majlis merisik / bertunang dijadikan sebagai tanda setuju menerima lamaran pihak lelaki..


Pemberian 'mas kahwin' atau mahar adalah pemberian yang diwajib oleh syarak diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu berlangsungnya pernikahan. Isteri mempunyai hak mutlak ke atas mahar yang diterima sebagai tanda perakuan kasih sayang dan tanggungjawab suami ke atas dirinya. Jumlah minimum mahar berbeza dari setiap negeri dan juga mengikut status pengantin (bujang / janda). Pemberian lain seperti dinar dijadikan sebagai mahar tambahan kerana nilainya yang tinggi.

Hadith Riwayat at-Tabrani dan al-Hakim yang menegaskan kepentingan mas kahwin yang bermaksud

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina. 

Adat istiadat perkahwinan melayu antaranya adat yang dipanggil upacara 'membatalkan air sembahyang' menjadi simbolik yang menunjukkan bahawa ikatan yang sah dan halal sudah terjalin antara pasangan tersebut. Pengantin lelaki memakaikan barang kemas kepada pengantin perempuan dianggap sebagai 'sentuhan pertama' setelah menjadi pasangan hidup.


Istiadat Perkahwinan Kaum Cina


Adat 'upacara minum teh' (tea ceremony) yang terdapat dalam istiadat perkahwinan bangsa cina juga menjadikan emas sebagai pemberian kepada pengantin. Kedua-dua pengantin akan menyediakan air teh yang akan diberikan kepada kaum keluarga terdekat. Secara simboliknya pengantin tersebut diterima menjadi sebahagian dari ahli keluarga tersebut.


Dalam ertikata lain, dalam upacara tersebut pengantin akan diperkenalkan kepada ahli keluarga secara rasmi dan menunjukkan tanda hormat dan penghargaan kepada mereka. Sebagai balasan, biasanya keluarga terdekat seperti ibubapa, datuk & nenek serta pakcik & makcik akan memberikan emas berbentuk barang kemas kepada pengantin perempuan dan 'angpow' kepada pengantin lelaki.

Istiadat Perkahwinan Kaum India


Upacara Istiadat perkahwinan kaum India belangsung sehingga 3 hari secara jumlahnya yang mana bermula beberapa hari dari tarikh majlis perkahwinan. Pengantin dan kaum keluarga berkumpul bertukar hadiah, bunga dan pengantin bertukar cincin emas. 


Pengantin lelaki menghadiahkan rantai yang dipanggil 'mangalsultra' yang mengandungi 2 loket emas mengesahkan pengantin perempuan sebagai isteri. Rantai tersebut diikat dengan 3 ikatan sebagi simbolik ikatan perhubungan yang kekal sepanjang hayat.


Pakaian pengantin perempuan yang mengandungi 16 elemen wajib dari segi persolekkan, barang kemas dan pakaian kesemuanya dengan tujuan untuk menampakkan kecantikan pengantin tersebut. Pengantin perempuan dihiasi dengan barang kemas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.


Ada yang berpendapat bahawa, masyarakat india memberikan harta berupa emas sebagai hadiah perkahwinan supaya pasangan pengantin tersebut sudah mempunyai harta untuk meneruskan kehidupan mereka sendiri. Kekayaan keluarga diturunkan kepada pasangan mempelai agar dapat dikembangkan.



Dinar sebagai Mas Kahwin

Pemberian mahar tambahan

Pemberian dari pengantin lelaki sebagai "Mas kahwin' yang sangat bernilai tinggi serta bersifat kekal selamanya melambangkan cinta sejati serta tanpa berbelah bagi terhadap isteri tercinta.

Barang kemas Aurora Italia

Hadiah kasih sayang

Barang kemas dimport khas dari Itali dengan rekabentuk yang menawan serta tahan lasak sangat sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan istimewa dari ibubapa, datuk & nenek serta keluarga rapat.

Emas sebagai hadiah

Pemberian kekal

Hadiah terbaik dari ahli keluarga dan sahabat handai membuktikan hubungan yang kukuh dan akrab. Pemberian yang sangat berharga buat pengantin dan bersifat kekal selamanya.

Koleksi Emas

Pelbagai pilihan sebagai hadiah perkahwinan

(Last updated 17-Dec-2017 21:56:05)

Jadikan emas Public Gold sebagai
Hadiah Perkahwinan
Isikan maklumat anda dibawah

Nor Amli Mohd Daod

Master Dealer Public Gold

No. Tel.: +6019 - 97 999 19
facebook: amlidaod

Siti Masrina Sulong

Master Dealer Public Gold

No. Tel.: +6012 - 38 100 72
facebook: siti.masrina.sulong

Sila hubungi +60 19 - 97 999 19 (Amli) atau +60 12 - 38 100 72 (Masrina) sekiranya perlukan maklumat lanjut berkenaan semua Produk Public Gold. Anda boleh juga terus ke mana-mana 18 cawangan Public Gold di Malaysia,  Singapura & Indonesia yang berdekatan dengan tempat anda dan berikan no PG017328 sebagai Introducer. 

KLIK UNTUK KONGSIKAN LAMAN WEB INI DENGAN RAKAN ANDA!!

KURANG JELAS? ATAU NAK KOMEN?

Hantarkan maklumbalas anda. Feedback yang membina akan dimasukkan kedalam website ini.